Tuesday, September 2, 2008

Luar Negara::Perdana Menteri Jepun Letak Jawatan LAGI?!


Perdana menteri Jepun, Yasuo Fukuda (72) dari Parti Liberal Demokratik Jepun yg juga merupakan Perdana Menteri Jepun yg ke-58, telah mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan secara mengejut pada hari ini, namun masih berteka-teki tarikh rasmi pengunduran tersebut. Ini menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri kedua yg meletak jawatan dalam masa setahun selepas Perdana Menteri Shinzo Abe melakukan perkara yg sama pada 26 September 2007 yg lepas. Menurut sumber, Fukuda berbuat demikian kerana mendapat tekanan dan desakan dari beberapa pihak tertentu kerana beliau gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri terutamanya dalam isu membangunkan ekonomi Jepun yg semakin hari kian merudum berikutan kenaikan harga minyak dan makanan di pasaran dunia yg sekali gus menyebabkan kekurangan aktiviti perbelanjaan konsumer di dalam negara tersebut. Beberapa hari sebelum beliau meletakkan jawatan, Fukuda membentangkan bajet baru kerajaan sebanyak 2 trilion yen (RM57.6 bilion) bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi di negara matahari terbit itu. Namun, segalanya tampak tidak menjadi apabila beliau memutuskan untuk meletak jawatan.


No comments: