Wednesday, September 3, 2008

Dalam Negara :: 16 September, Realiti @ Fantasi??

Politik gila, kotor, korup, xmatang, xprofessional, kebudak-budakan.....setelah 51 tahun merdeka, keadaan politik negara kita masih ditakuk lama....Contoh terdekat...pilihanraya kecil Permatang Pauh yg lepas, calon A kutuk calon B, calon B kutuk calon A, calon C berkecuali namun tidak menunjukkan kualiti dan persediaan yg cukup untuk memimpin...Kematangan calon boleh dinilai oleh semua.

Sebagai seorang rakyat, aku inginkan pemimpin yg berkualiti, tegas, berilmu pengetahuan dalam segala bidang, mesra rakyat, dan berani memperjuangkan nasib bangsa. At least, rakyat rasa selamat di bawah pimpinan dia. Ini pendapat aku, nak marah belakang citer..hahaha..ok, skang ni kecoh isu Anwar nak jadi PM menjelang 16 September ni..Aku secara jujur tidak akan meletakkan diri aku sebagai penyokong kuat mana2 pihak..aku akan sokong bila org tu betul. Sekarang ni aku sokong Anwar, mungkin besok aku ubah fikiran...tp kadang2 aku melihat penyokong fanatik Anwar, aku rasa kelakar kerana pantang disebut buruk pasal Anwar, terus bangun marah mempertahankannya. Bukannya apa, bagi aku, semua bebas nak ckp apa, even org yg kuat mempertahankan sesetengah pihak pun bebas melakukan sedemikian...tp apa yg penting, kita kena ingat satu perkara penting..Islam mesti diutamakan, xkira apa pun yg berlaku...Islam mesti memerintah, Nabi dah tunjukkan sifat pemimpin sejati, kita ambil-pakai apa yg diwariskan Nabi junjungan kita. Apa bukti Islam xboleh memerintah? Apa bukti kalau Islam memerintah dgn cara Islam yg sejati, negara akan hancur? kalau kita sebagai org Islam tidak percaya dengan sistem Islam, kita mmg bangsa yg silap..Akan ada suara yg mengatakan."Kita ni negara berbilang bangsa, xboleh mengamalkan pemerintahan Islam sepenuhnya", Nabi Muhammad S.A.W sudah pun berjaya melakukannya di Madinah dulu..Nabi dah tinggalkan bukti dan methodnya, cuma aplikasinya belum dicuba. Hahaha..

Kembali ke isu 16 September...Hari ini, dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng bercakap di Kuching bahawa, PKR menjangkakan lebih 40 ahli parlimen akan bertindak melompat parti dari Barisan Nasional (BN) ke parti pembangkang. Kenyataan beliau dikatakan berasaskan pertemuan beliau dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu baru-baru ini yg berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu. Tambah beliau lagi, beliau menjangkakan bilangan wakil rakyat BN yg bakal menyertai Pakatan Rakyat, membolehkan pembangkang mendapat jumlah yg mencukupi untuk menjatuhkan kerajaan pada tarikh keramat 16 September ini dan sekaligus merubah politik tanah air..

Itu apa yg dirancang, sudah pasti akan ada yg menentangnya...tp sama-sama kita lihat samada ianya hanya omongan kosong atau sebaliknya...Diharap, walau apa pun yg terjadi dalam politik tanah air, aku berdoa pada Allah SWT supaya negara kita terus aman berjaya, dan diberkati oleh-Nya..Amin..Malaysian For Peace

Tuesday, September 2, 2008

Luar Negara :: Darurat Di "Tanah Bebas"..

BANGKOK – Lain pula kisah di Thailand..kalau di Jepun PM sukarela letak jawatan, di Thailand, PM degil xnak letak jawatan.."Letak jawatan!!", itu laungan para penunjuk perasaan yg meminta perdana menteri Thailand, Samak Sundaravej, mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan kerajaan negara itu dengan kadar yg segera. Perkara ini berlaku berikutan kegagalan Samak dalam menyelesaikan isu berbangkit berkaitan politik dan ekonomi negara tersebut. Namun, respons yg diterima dari pihak Samak, telah menaikkan lagi kemarahan pihak yg menentang beliau. Samak semalam mengisytiharkan darurat di Kota Bangkok yg akan berkuatkuasa sehingga 30 November ini. Keputusan mendadak itu dibuat selepas timbul keadaan tegang di antara penunjuk perasaan Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) dengan kumpulan penyokong kerajaan. Satu pertempuran di antara kedua pihak telah berlaku dan telah menyebabkan seorang terbunuh manakala lebih 40 orang yg lain cedera.

Samak telah melantik Panglima Angkatan Bersenjata Thailand Jeneral Anupong Paochinda yg juga berperanan sebagai Timbalan Pengarah Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negara (ISOC) sebagai pengerusi penguatkuasa darurat.

Di bawah status darurat, pihak tentera mempunyai hak untuk melarang dan menghalang orang ramai berkumpul melebihi 5 orang dan melakukan aktiviti yang mencurigakan. Selain itu, pihak media juga dilarang menyiarkan berita-berita yg boleh mengakibatkan panik di kalangan rakyat Thai atau perkara yg boleh mengganggu ketenteraman awam. Orang ramai dinasihatkan untuk mengikut perintah pihak tentera sekiranya diminta keluar dari satu-satu kawasan.

Samak dalam satu sidang media menegaskan supaya para penunjuk perasaan yg menduduki pejabatnya di Rumah Kerajaan perlu keluar dgn kadar yg segera. Kata lagi, bantahan sebegini rupa adalah di luar sangkaan beliau, dan beliau berkeputusan untuk mengumumkan darurat hanya selepas beliau berbincang dengan beberapa pihak.

Samak yg juga dikatakan sebagai sekutu kuat bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yg kini menjadi pelarian di negara org, meminta para penunjuk perasaan supaya sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan serta tidak membuat sebarang spekulasi liar hanya kerana mereka bencikannya. Beliau turut kesal dengan keputusan 43 buah syarikat perusahaan milik negara tersebut yg mengumumkan untuk menentang pihak kerajaan.



”Saya melakukan ini untuk menyelesaikan masalah yang terjadi di negara ini,” kata Samak.

“Sekiranya pihak tentera harus terlibat, kami tidak ingin menggunakan kekerasan dan lebih memilih untuk berada di pihak rakyat,” kata Anupong yang tidak ingin keadaan bertambah buruk.



Luar Negara::Perdana Menteri Jepun Letak Jawatan LAGI?!


Perdana menteri Jepun, Yasuo Fukuda (72) dari Parti Liberal Demokratik Jepun yg juga merupakan Perdana Menteri Jepun yg ke-58, telah mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan secara mengejut pada hari ini, namun masih berteka-teki tarikh rasmi pengunduran tersebut. Ini menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri kedua yg meletak jawatan dalam masa setahun selepas Perdana Menteri Shinzo Abe melakukan perkara yg sama pada 26 September 2007 yg lepas. Menurut sumber, Fukuda berbuat demikian kerana mendapat tekanan dan desakan dari beberapa pihak tertentu kerana beliau gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri terutamanya dalam isu membangunkan ekonomi Jepun yg semakin hari kian merudum berikutan kenaikan harga minyak dan makanan di pasaran dunia yg sekali gus menyebabkan kekurangan aktiviti perbelanjaan konsumer di dalam negara tersebut. Beberapa hari sebelum beliau meletakkan jawatan, Fukuda membentangkan bajet baru kerajaan sebanyak 2 trilion yen (RM57.6 bilion) bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi di negara matahari terbit itu. Namun, segalanya tampak tidak menjadi apabila beliau memutuskan untuk meletak jawatan.


Sunday, August 31, 2008

Pilot::

Bismillah-ar-rahman-ar-rahim..Post pertama aku dalam blog ni...Hope blog ni akan berjaya menarik ramai pembaca...dan membantu menaikkan martabat POLITIK tanah air...CEWAH!!hahaha..Just having some fun with this blog...Kalau ada idea, jgn malu2 nak kongsi ngn aku....Nantikan post aku...WASSALAM (;