Tuesday, September 2, 2008

Luar Negara :: Darurat Di "Tanah Bebas"..

BANGKOK – Lain pula kisah di Thailand..kalau di Jepun PM sukarela letak jawatan, di Thailand, PM degil xnak letak jawatan.."Letak jawatan!!", itu laungan para penunjuk perasaan yg meminta perdana menteri Thailand, Samak Sundaravej, mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan kerajaan negara itu dengan kadar yg segera. Perkara ini berlaku berikutan kegagalan Samak dalam menyelesaikan isu berbangkit berkaitan politik dan ekonomi negara tersebut. Namun, respons yg diterima dari pihak Samak, telah menaikkan lagi kemarahan pihak yg menentang beliau. Samak semalam mengisytiharkan darurat di Kota Bangkok yg akan berkuatkuasa sehingga 30 November ini. Keputusan mendadak itu dibuat selepas timbul keadaan tegang di antara penunjuk perasaan Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) dengan kumpulan penyokong kerajaan. Satu pertempuran di antara kedua pihak telah berlaku dan telah menyebabkan seorang terbunuh manakala lebih 40 orang yg lain cedera.

Samak telah melantik Panglima Angkatan Bersenjata Thailand Jeneral Anupong Paochinda yg juga berperanan sebagai Timbalan Pengarah Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negara (ISOC) sebagai pengerusi penguatkuasa darurat.

Di bawah status darurat, pihak tentera mempunyai hak untuk melarang dan menghalang orang ramai berkumpul melebihi 5 orang dan melakukan aktiviti yang mencurigakan. Selain itu, pihak media juga dilarang menyiarkan berita-berita yg boleh mengakibatkan panik di kalangan rakyat Thai atau perkara yg boleh mengganggu ketenteraman awam. Orang ramai dinasihatkan untuk mengikut perintah pihak tentera sekiranya diminta keluar dari satu-satu kawasan.

Samak dalam satu sidang media menegaskan supaya para penunjuk perasaan yg menduduki pejabatnya di Rumah Kerajaan perlu keluar dgn kadar yg segera. Kata lagi, bantahan sebegini rupa adalah di luar sangkaan beliau, dan beliau berkeputusan untuk mengumumkan darurat hanya selepas beliau berbincang dengan beberapa pihak.

Samak yg juga dikatakan sebagai sekutu kuat bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yg kini menjadi pelarian di negara org, meminta para penunjuk perasaan supaya sabar dan tidak terlalu mengikut perasaan serta tidak membuat sebarang spekulasi liar hanya kerana mereka bencikannya. Beliau turut kesal dengan keputusan 43 buah syarikat perusahaan milik negara tersebut yg mengumumkan untuk menentang pihak kerajaan.



”Saya melakukan ini untuk menyelesaikan masalah yang terjadi di negara ini,” kata Samak.

“Sekiranya pihak tentera harus terlibat, kami tidak ingin menggunakan kekerasan dan lebih memilih untuk berada di pihak rakyat,” kata Anupong yang tidak ingin keadaan bertambah buruk.



No comments: